Alhamdulillah (0_0)

Friday, 23 March 2012

Kesal

Last post ialah seminggu yang lalu. Bila post mesti ada yang tak kena? ya ke?
Entah. Ok la. Even hidup aku tak semudah hidup orang lain. Hidup aku. Hanya aku yang mampu tamatkan. Hanya aku yang berhak untuk memilih apakah pengakhirannya.

Aku tak pernah minta dilahirkan untuk menyusahkan orang lain. Aku buat ikut suka aku. Tapi orang tak suka. Kadang aku cuba buat untuk mengebirakan orang, tapi kononya nak menguji aku. Dan akhirnya aku kalah. Mungkin betul apa yang mama kata. Kalau kita rasa belum mampu jangan ambil keputusan tergesa gesa dalam hidup. Fikir baik buruk sesuatu. Jangan hanya fikirkan yang indah sahaja, fikirkan bagaimana jika tidak berakhir seperti yang diingini?

Pasti parah.

All this while, dah banyak aku hadapi macam tu. Tapi Alhamdulillah setakat ni, aku masih tegak berdiri kat sini. Aku tak pernah salahkan takdir jika sesuatu itu tidak jadi seperti yang aku ingini.

Tapi bila aku sendiri, baru aku sedar. Hidup hanya untuk menyusahkan orang lain tu lagi parah kan?
Adalah lebih baik, tiada perkaitan. Mungkin hanya sendiri. (mungkin masih tekanan tatkala ini).
Ya Allah, hidup aku, aku selalu ingin mengembirakan kedua orang tua aku, yang mana aku rasa belum pernah aku lakukan. Ya, aku cemburu melihat adik adik yang selalu membuatkan mama and baba senyum kerana mereka. Sedangkan aku, mungkin hanya membuatkan mereka menangis.

Aku banyak diam. Aku rela disalahkan orang lain. Biarlah orang puas. Tapi pedihnya di dalam hanya Allah yang tahu. Apa yang manusia tahu?
Oleh itu, aku bersyukur SEBENTAR bila Allah kirimkan DIA untuk aku kerana faham aku dalam TERLALU banyak keadaan. SABAR dengan aku yang terlalu di bawah dan tidak berkebaikan.

Itu hadiah daripada Allah buat aku yang (sementara atau berkekalan) kerana aku pernah sanggup biarkan hati terlalu banyak menangis kerana ingin mengebirakan orang lain. Tapi ternyata aku memang tak pandai nak bersyukur. Sedang dia yang baik itu pun TERLALU banyak aku sakiti.

Andailah jua kau tahu aku tak mampu melakukan segala kelemahan itu pada kau.

Ya Allah, buat seketika aku merasakan aku belum layak untuk insan yang sebegitu.

Datangkanlah kepadaku seorang yang mampu mendidik aku ke arah kebaikan,
datangkanlah dia tepat pada masanya,
datangkanlah dia dalam keadaan yang BERSEDIA menerima segala kelemahan aku yang TERLALU banyak, datangkanlah dia disaat aku bukan hanya memerlukan dia, malah menghargainya keranaMU,
datangkanlah dia dalam keadaan aku juga menarima dirinya yang seadanya
datangkanlah dia disaat aku sudah benar benar mampu untuknya,
datangkanlah dia dalam keadaan kelamahannya adalah aib aku, dan kebaikan dia hadiah buat aku,
datangkanlah dia di saat Engkau Meredhai KAMI.

Amin.
p/s test math. way to go. sikit aje lagi :"/

No comments: