Bertahun di rantau orang, siapa pernah menyangka Aini, anak gadis sunti yang tiada apa-apa lebihnya pada diri akhirnya berjodoh dengan seorang muallaf berbangsa asing. Pertemuan kali pertama semasa Aini buat pertama kali menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu. Pada masa itu, dia hanya pergi atas undangan nenek tercinta. Tidak sangka setahun kemudian selepas dia berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki ke sana. Doa seorang anak kecil dimakbulkan Allah. Subhanallah… Allahu Akbar…
“Boleh tolong saya bantukan mak cik ini menyeberang jalan? Hanya angkatkan barangnya saja,” dengan penuh sopan dan santunnya seorang lelaki berusia 20-an datang menghampiri anak gadis yang bertubuh kecil molek itu. Aini akui dirinya yang memang rabun, apatah lagi ditambah dengan penyakit mata sendiri. Aku tidak salah. Longhatnya. Dia boleh berbahasa Melayu? Biarpun agak ada celarunya di situ. Namun sebagai seorang pelajar, perkara remeh sebegitu tidak harus berlegar lama dalam ruang fikirannya.
Setelah hampir dua bulan lebih lamanya Aini berada di berada di Megalopolis itu. Barulah kali ini dia benar-benar merasakan nikmat hidup. Cuti hanya beberapa hari penuh tanpa sebarang aktiviti kampus. Aini lebih senang bersendirian daripada keluar bersama teman-teman seperjuangan.
“Ahh... mana kedainya, salah peta ke?” Aini membebel sendiri. Lagipula, siapa sahaja yang akan memahami, jadi dia terus sahaja mengomel sendirian.
“Ohayou,”
“Ohayou,” kali kedua dari punca yang sama. Akhirnya Aini menoleh. Manis sekali senyumannya.
“Orang Malaysia memang tidak suka bertegur?”
Aini mula naik berang. Apa tidaknya, ada orang luar yang sedang melemparkan tuduhan pada tanah air kelahirannya. Tanpa berfikir dengan lebih waras lagi, dia menjeling dan menarik mula sedalam yang mampu. Benci dan meluat pada pemuda berdarah Jepun itu. Tanpa ada sebarang keperluan lagi, Aini beredar dari tempatnya. Tanpa disedari ada yang mengekori.
“Ibu saya orang Melayu, jadi saya sempat mempelajarinya semasa masih kecil, terjawab?”
“Gomei nasai”
“Bahasa Melayu sahaja?”
“Saya sibuk,”Aini membalas ringkas.
“Baiklah, saya yang seharusnya kata maaf itu. Sengaja. Tak tahu pula ada yang akan meradang.”kata-katanya diakhiri dengan senyuman. Aini mulai meluat dengan senyuman yang bagai dibuat-buat.
******************
Suara orang terbatuk-batuk kedengaran dari ruang legar rumah banglo dua tingkat itu. Aini yang tadinya sedang sibuk membasuh beras di dapur berhenti seketika. Bunyi batuk yang tidak henti bertambah kuat tatkala beras yang baru hendak diletakkan di tempatnya. Bergegas dia berlari mendapatkan Takaichi di ruang legar.
“Abang ok? Lebih baik saya bawa abang ke hospital. Penyakit abang menjadi-jadi sejak abang sampai Malaysia. Saya risau. Lagi-lagi dengan kerja-kerja saya kadang-kadang tak habis di pejabat. Ada apa-apa yang abang cuba sembunyi ke?”Aini menahan air mata daripada mengalir dari kelopak matanya yang kelabu itu.
“Kalau masih begini, hujung minggu abang ikut saja. Aini buatlah kerja Aini,” Sekali lagi. Tapi kali ini Aini boleh tersenyum sama. Entah kenapa. Alangkah bahagia kalau senyuman itu dapat dilihat sampai bila-bila. Enatah mengapa juga, Aini mula berfikiran yang bukan-bukan.
“Uhukk....uhukk..uhukk...”bunyi batuk dari kamar sebelah mengejutkan Aini dari tidurnya malam itu. Dia bergegas bangun dan mendapatkan Takaichi. Hampir rebah dia di daun pintu. Takaicki benar-benar rebah di depan tandas di kamarnya. Tangan kanannya menutup separuh mulutnya hampir juga ke bahagian hidungnya. Titisan darah yang masih terlalu merah. Kali ini, Aini nekad. Dia tidak perlu lagi bertanyakan pendapat Takaichi untuk mendapatkan penjelasan pakar. Selepas seminggu. Sepucuk sampul surat penting sampai di rumah mereka di Kajang.
“Alhamdulillah, tak ada apa, bang. Aini ingat abang betul-betul sakit. So.. bolehlah Aini penuhi janji Aini, abang nak ke mana, cakap saja. Tapi Aini tak mampulah kalau abang nak ke Jepun. Aini pun baru kerja, tak sampai pun setahun. Tak ada income sangatlah.” Aini mampu tersenyum dan bergurau.
“Mana-mana sajalah, abang dah lama sangat kat Hokkaido, seluruh Jepun pun dah tawaf, takkan nak ke sana lagi? Langkawi?”sambil mengeluarkan tiket kapal terbang untuk penerbangan empat hari lagi.
“Wah!!! Okay...set!”
********************
Hari terakhir sebelum berangkat malamnya, Aini ke Pantai Chenang bersama Takaichi. Setelah puas berjalan-jalan di tepi pantai, batu-batu besar di keliling kawasan pantai dijadikan tempat untuk berehat. Masing-masing melabuhkan punggung ke atas batu-batu yang terdapat di situ. Aini terlena seketika. Tidak smapai 30 minit, Takaichi yang juga sedang tidur-tidur ayam terjaga dengan jeritan dari Aini.
“Abang...abang....!!!”
“Apa halnya, tuan puteri? Tiba-tiba sahaja naik marah? Hodoh.”
“Bagi balik, janganlah bergurau sampai macam ni, Aini tak suka.”
“Kenapa?”
“Rantai Aini, mana? Tolonglah, itulah satu-satunya kenangan arwah ummi yang Aini masih ada, janganlah bergurau sampai macam ni, abang tak tahu rasanya macam mana. Rantai tu ibarat nyawa Aini,”Aini tidak dapat meneruskan kata-katanya. Ummi yang pergi meninggalkannya semasa dia di tahun akhir pengajian amat memeritkan. Apatah lagi dengan keadaannya yang memang sudah yatim sejak di tingkatan satu lagi. Namun kegigihan arwah ummilah yang memaksa segala saraf-sarafnya untuk dia bangun dan menjadi orang yang berjaya untuk tempah akan datang. Hari ini, Aini seolah-olah kehilangan segala-galanya. Tiada apa-apa lagi untuk dia.
Abang Takaichi yang tidak tahu apa-apa menjadi insan yang terpaksa menjadi penjenanyah di mata Aini. Mungkin Aini terlalu emosi, tapi siapa juga Aini. Apa yang mampu difikirkan Aini ialah Abang Takaichi ialah orangnya. Semuanya pasti kerana dendam kerana dia terpaksa berjauhan dengan ummi sejak dilahirkan. Dendam pada ummi kerana memberikannya kepada seorang rakan warganegara Jepun. Abang yang dianggap Abang selama ini rupanya insan yang hanya ingin mendekatinya kerana dendam kesumat. Memang hanya abang saja yang tahu akan hakikat rantai pemberian ummi kepada hidup Aini. Tanggapan Aini tiada yang lain.
**************
“Aini, sabar ya, Allah lebih sayangkan dia. Janganlah kau kenangkan lagi. Aku yakin bukan ini yang dia harapkan. Pastikan pengorbanannya berbaloi. Kau yang hidup perlu teruskan hidup.” Tengku Amirah cuba menenagkan sahabat yang dikenali sejak di tingkatan satu itu. Dia memang cukup faham akan keadaan yang dilalui Aini. Mungkin kali ini paling hebat tamparannya kelak.
“Betul tu Aini, dia pernah cakap pada abang dengan Mak Long. Dia nak Aini tabah. Dia percaya pada Aini. So, I wouldn’t let you dissapoint him. Allah tahu Aini mampu, sebab itu Aini yang dipilih-Nya.” Abang Faisal, sepupu Aini turut cuba meredakan kepiluan Aini.
Tepat jam 4 petang, hari Khamis. Semuanya selesai. Malam itu, Aini bermalam di rumah Mak Long. Dia mulai reda. Tetapi dia tidak ikut serta ke upacara pengebumian Abang Takaichi. Dia pasti tidak dapat mengawal diri nanti. Sedang Aini melipat kain telekungnya, kedengaran suara Alyaa meminta izin masuk ke bilik. Alyaa seperti menghulurkan sesuatu. Sepucuk surat dan rantai kunci yang bersulamkan nama Aini, ummi dan Abang Takaichi di dalam gelas yang menjadi pelindung.
“Sepatutnya, Abang Faisal yang bagi sendiri kat kakak, tapi dia tergesa-gesa ke Kuantan sebab on-call, jadi dia suru Alyaa bagi kat akak,”
“Terima Kasih, Alyaa...”Aini terus melepaskan kain telekung yang tidak habis dilipat, diletakkan di atas katil. Dia perlahan-lahan membuka sampul putih yang diberikan Alyaa. Setiap patah kata di atasnya diamati dengan khusyuk sekali. Abang Takaichi bukannya macam orang Malaysia lain. Boleh berkata-kata, tapi kalau menulis, lain pula jadinya. Ejaannya...
Muka Aini yang bersih mula dibasahi air mata. Alyaa yang sejak tadi berdiri di daun pintu, mula beredar.
Assalamualaikum...
Adik Aini, pertama kali rasanya abang gunakan “adik’ betul? Abang teringin nak panggil dengan gelaran tu daripada kali pertama kita jumpa di Hokkaido. Abang dah tahu yang adik akan datang. Nenek kabarkan pada abang. Abang pon pernah bertemu dengan ummi. Sebab itu, adik pelik tidak? Kenapa abang ini memang Islam dari awal adik jumpa? Paling penting, fasihnya abang berbahasa Melayu?(puji sebentar..) Abang minta maaf kalau samapi sekarang adik masih marah pada abang. Abang tak ada niat pun. Tentang penyakit abang. Kalau adik mahu tahu, doktor yang merawat abang malam itu, teman abang semasa dia belajar di Jepun. Maaf, abang berpakat dengannya. Tapi... abang tidak mahu adik bimbang. Abang hanya mahukan saat akhir abang bersama adik Aini tanpa sebarang masalah...sebab itu, surat yang sampai ke rumah sepatutnya bukan seperti yang adik telah terima. Abang sendiri yang palsukan tanpa pengetahuan doktor. Mulanya abang fikir tak berjaya, tapi siapa tahu kan...?memang benar sangkaan abang, dokumen itu tak pun disemak. Hanya terus dicetak dan dihantar ke rumah. Sudah lah... Maaf ya, selepas pulang abang kerap pulang awal pagi... Demi Allah.. abang tidak buat apa-apa. Abang bekerja supaya mampu dapatkan rantai yang sama macam yang ummi beri pada adik. Keda tu operasi 24 jam. Jadi abang kerja malam, takut adik tahu abang kerja. Tapi akhirnya adik tahu juga. Memang benar, ikatan antara adik dan abang masih kuat walaupun 18 tahun tak pernah bersemuka. Memang indah kalu dikenang kembali. Terlalu banyak yang abang rahsiakan dari adik, maafkan abang. Rantai itu pula, mungkin tak setanding sengan pemberian ummi, tapisepanjang hidup abang, itulah kali pertama abang bersungguh-sungguh demi seorang adik yang dah lama abang nantikan untuk hadir dalam hidup abang. Adik jaga ya, kali ini, jangan samapai tercicir atau dicuru orang pula. Anggaplah itu nyawa abang yang kedua yang adik boleh jaga. Rantai itu abang beli umpama dengan nyawa abang sendiri. Abang tak boleh tulis lebih lagi. Akhir sekali, abang nak ucapkan terima kasih kerana bahagiakan hari-hari akhir abang. Abang sayang adik. Hanya kita berdua. Abang akan perhatikan adik dari jauh. Abang harap adik kuat...
Yang terus syang adik,
Abang Takaichi
Sebelan berlalu, kali ini Aini berada di hadapan kuburan abangnya. Setiap kali itu, dia tidak mampu lagi tangisi pemergian abangnya. Setiap hari jumaat. Pusara itu pasti dilawatinya. Ummi punya juga. Baginya ummi dan Abang Takaichi akan tetap hidup dalam hatinya. Al-Fatihah...
"You and I are flesh and blood. I'm always going to be there for you, even if it's only as an obstacle for you to overcome. Even if you do hate me. That's what big brothers are for."