Alhamdulillah (0_0)

Sunday, 3 July 2011

Assalamualaiku, wahai hatiku.

Sekarang, tatkalanya aku mahu menaip (sdg mahu mula menaip) masih hari Ahad dan jam di laptop HP aku menunjukkan jam 10:35 malam. Itu bukti yang cukup jela bahawa aku masih berada dalam kedudukan hari Ahad. Masih digelar minggu pertama Julai? Apakah sebenarnya yang melanda hati dan fikiran aku? Aku tidak pasti tapi yang penting aku sentiasa memohon ketenangan dari-Nya. Dan lebih teliti lagi, aku sedang memakai baju PE MJSC Kuantan yang aku entah kenapa tiba-toba rasa mahu melekatkannya pada tubuhku. Bahasa aku pada entri kali memang terlalu berlainan.Sangat berlainan.
Kelas aku semasa '09

Tampak ceria bukan? Aku akui di sini tiada kejayaan yang begitu indah untuk aku banggakan. Akan tetapi aku pelajari nilai persahabatan, susah senang buat pertama kali dalam hidup. Kalau sebelum ini aku hanya seperti anak kecil yand disuap makan, tapi di sini aku pelajari bagaimana untuk suap sendiri. Pelik bukan? Aku juga telah menjalinkan hubungan dengan mereka dan ada yang sehingga kini kami ibarat belangkas yang tak begitu belangkas. Tapi kami kongsi bersama. Masa di KMM aku bukanlah bangga sangat (adlah sikit) apabila si dia datang kepada aku hany semata-mata untuk pinjam phone. Ya hubungan kami sangat istimewa. Kami bergaduh tahu, kami mencemburui, tapi dalam marah atau kesakitan yang menjarakkan kami, kami tidak pernah memburukkan antara satu dengan lain. Itu aku dan dia. Aku sayang dia. Aku ingin dia berjaya. Dia pernah mengadu kerana ingin sekali naik ke pentas dan menerima anugerah pelajar cemerlang itu, (sdg aku jauh sekali untuk itu), aku macam nak saja peluk dia masa itu lantas berdoa agar Allah kabulkan permintaannya. Beberapa minit kemudian, betapa cuainya dia. Dia sebenarnya menepati syarat untuk itu. Dan dia naik ke pentas hari itu. Tahniah buat dia. Tapi bukan itu yang ingin aku ketengahkan.

Inilah dia. Aku lalui beberapa benda yang agak merunsingkan hati aku. Aku tak faham dan mungkin tak akan fahamkerana belum masanya lagi. Tapi Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya aku tak rasa sakit. Lagi pula mungkin salah aku.

Oh hati, kenapa kau berduka cita? Sudah tiada yang lagikah untuk kau bnergantung harap? Allah masih ada, masih Dia tidak pernah meninggalkan mu hamba. Selagi kau juga tidak meninggalkanNya. Alright.

Lantas dengan itu aku agak kembali tenang setelah berdoa memohon ketengan dariNya.

Apa yang ingin aku lakukan ialah ambil telefon mudah alih ku dan mula mendail. Sesiapa sahaja yang ingin menjawab. Kebiasaanya yang menjadi mangsa Nursyafawani, Mia Atiqah, Syafiqah Johar, Azira, Farah, atau Hilmi. Kenapa terselit seorang lelaki. Kami kawan. Dari 9 tahun hingga kini. Tapi yang penting aku dengan dia memang agak tak tahu mahu malu. Aku boleh gelak dengan dia dalam telefon di mana aku tidak akan lakukan pada lelaki lain. Mungkin. Dan cakap sesuatu yang merepek atau berkongsi apa-apa. 10 tahun berkawan, tak mungkin ada rasa kekok. Mungkin ada, sikit.

Sekarang aku tidak pasti ke mana arahnya entri ini. Sudahlah. Aku ingin menamatkan karangan yang sudah melebihi had daya aku. Wassalam. Tapi tak mungkin untuk aku terus melabuhkan badan ke tilam yang empuk di sebelah ku.

Selamat melayari bahtera untuk hari esok.

Mereka juga mengajar aku. Kawan juga adalah guru.



No comments: