Alhamdulillah (0_0)

Tuesday, 5 July 2011

Be Yourself Or Just Being Normal as Ever?

Assalamualaikum. Petang.
Awasi saya! Ada yang sedang duduk di belakang dan melihat-lihat apa-apa yang sedang saya karangkan. Saya atau aku sama sahaja. Aku lebih dekat. Saya lebih mendalam. Adakah perbezaannya? Pasti dan benar sekali.




"Saya ingin menjadi diri sendiri" atau "Just be yourself"
Dua kata-kata ini sesuai lah hanya pada mereka yang normal dan mengikur norma kehidupan. Hipokrit? Siapa antara kita yang tidak pernah hipokrit?
Contohnya :

:Situasi Satu:
Seorang temannya , A sedang berkarya dan seorang teman lain ke arah temannya, iaitu Teman B.
"Wah, cantiknya karya kau!"
Dalam ketika itu teman B dan C juga berada di tempat kejadian lalu menghampiri sehingga terpaculnya.
"Berbakatlah kau. Cantik"
Hakikatnya, teman A sedang tersipu-sipu malu yang macam haper je kan? Tapi, adakah A, B mahu pun C begitu jujur? Kalau ada yang mendengki? (itu lain cerita lah)

:Situasi Dua:
Teman D dan E keluar bersama-sama. Kononnya nak release tension (macam remaja sekarang). Berbelanja lah kan. Atau lebih tepat lagi bersoooppppping!
"Cantik tak baju ni?" D bertanya.
"Cantik, memang sesuai kalau kau pakai." E menjawab.
Macam ayat yang biasa dengar je. Tapi itulah dia.



:Situasi Tiga:
Agak besar sikit skop dia. Orang yang sedang bermesyuarat. Seorang memberikan idea. Maka yang lain akan bersetuju. Tapi di alam pekerjaan agak berbeza dan malah lebih mencabar. Kebanyakannya yang duduk dalam ofis yang sama tu MUSUH tahu? sebabnya semua inginkan yang terbaik. Saya pun mungkin tak terkecuali kelak (tapi tak mahu tikam kawan sendiri kan? Janganlah)

Hakikatnya di dunia ni, semua orang takmampu menjadi diri sendiri sepanjang masa atau anda akan dibenci secara serta merta. Umpamanya orang yang terlalu jujur memang menyakitkan hati. Orang yang kerap menipu kekadang disukai.
 Hello guys, tak ada istilah tipu sunat tahu? Yang ada cuma yang dibolehkan . Contohnya untuk menyelamatkan keadaan.

Saya juga tidak menjadi diri sendiri tatkala kaki melangkah keluar dari pintu rumah. Mahu pun depan kawan baik saya sendiri. Tapi lebih 75% (insya-Allah ) adalah saya. Saya akui saya bukan seorang yang terlalu sopan santun macam perempuan lain. Tapi saya masih berhemah. Ke mana saja kita jejaki ingatlah yang kita membawa nama keluarga sekali. So jangan sebab terlalu nak jadi diri sendiri sampai memalukan nama baik keluarga.
Peace No War! :D

Hakikatnya jadi diri sendiri lebih baik kan?
"Lebih baik dibenci kerana diri anda daripada disayangi kerana diri anda yang palsu"

"Original better than copy and hard to be"
(Macam kau nak pergi kedai dan buat fotokopi. Kena pakai duit lagi kan?)







Wassalam.

No comments: