Alhamdulillah (0_0)

Monday 2 April 2018

Larangan Makan Minum Sambil Berdiri


Ramai orang pandang perkara ini secara remeh-temeh. Salah satu adab makan dalam Islam adalah makan sambil duduk. Dalam erti kata lain, Islam melarang umatnya makan dan minum sambil berdiri. Hal ini telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis dari Anas r.a. Ia berkata, "Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w melarang seseorang itu minum sambil berdiri."


Berdasarkan hasil kajian di dalam bidang kesihatan, terdapat beberapa kesan daripada makan dan minum sambil berdiri.

1. Pedih ulu hati
Asid dalam perut naik ke saluran esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus. Simptom pedih ulu hati ini dapat dirasakan apabila rasa panas yang menyesakkan di bahagian dada yang dikenali sebagai heartburn.

2. Banyak sisa buangan dalam saluran air kencing
Dalam saluran pencernaan terdapat penapis yang dipanggil sfringer. Setiap air yang diminum akan disalurkan pada 'tingkat penapisan' yang berada di ginjal. Sekiranya minum sambil berdiri, air yang masuk ke dalam badan akan terus menuju ke saluran air kencing tanpa ditapis disebabkan oleh tarikan graviti yang menyebabkan air terus mengalir ke bawah.

bersambung..

p.s. luangkan masa sedikit membaca untuk memanfaatkan hidup anda.