Alhamdulillah (0_0)

Wednesday, 7 March 2012

Title : Unknown
Masa : Time semua orang sedap tido
Genre : Seram tahap gaban

Alih alih terus merayu rayu
"Ceraikan saya, ceraikan saya. Tolonglah~"
Oooo entah hape tah, jerit tengah tengah mlm ea? sebabnya, mimpi kene paksa kahwin ngan Mr. Doctor. Doctor tuh~ Entahla, byk pompuan cakap, kawin ngan doktor xda life, sbb mereka ni kan selalu je nak on-call, tapi doktor punya duit kan masyuk~ siapa je yang taknak? haha, no comment. jodoh dan pertemuan kan di tangan Allah, kita hanya boleh merancang.

Berbalik pada tadi, tapi anda kata perkara yang demikian benar benar terjadi pada diri ini, entah la.
But mintak dijauhkan. Hari hari solat pon doa pada Allah diberikan suami yang soleh. Cukuplah agamanya elok, semoga aku boleh dibimbingnya kelak. Bak kata orang dan aku jugak, paras rupa, kalau dapat yang ensem tuh~ BONUS la kan? kalau tak hang nak buat pe? cungkil bijik mata die? haha~ tak perlu.

And that kind of dream juga mengingatkan aku bahawa logiknya, kenapa Islam meletakkan kuasa talak atau cerai di tangan suami.

THE ANSWER is suami ialah LELAKI. Orang lelaki ini diorang xlah emo macam orang pompuan. Kalaulah kuasa menceraikan pada tangan perempuan aku rasa statistik cerai berai melambak lambak weyh.

Macam aku sekarang pon, kalau terasa sikit, marah sikit rasa macam nak QUIT, tapi tulah~ kene diam kejap, ambil wudhu', mandi k, bagi cool-down. Marah tu kan api, so kita kasi air sikit.

Marah itu jua syaitan. Jika kita kalah pada marah, bermakna syaitan berjaya menguasai kita. Chill ok?
...............................
......................

imisshersomuch.
Padah bila kita gaduh atau salah faham dengan orang yang kita sayang, (mungkin aku je), kita akan ambil masa untuk bersemuka. Nak rangka ayat. Yelar~ Nama pon orang yang kita sayang, kita care the most kan?
Taknaklah nanti, lagi bersemuka, lagi teruk jadinya, tapi seyesly, aku tak puas hati ngan jawapan kau.

Aku harap ada jawapan yang lebih baik.
3 hari weh, takkan sampai 3 hari kau x text aku? 
serious sedih, aku takkan cakap la kat orang kalau aku nanges sbb korang.
tapi serious~ seolah-olah mcm mmg salah aku.

demi kawan, aku mengalah, aku terima alasan kau.
n aku akui, aku salah. wpon aku rasa aku tak patut rasa bersalah.
aku pun ada EGO, tp bukan dengan orang orang yang aku hargai dlm hdp aku.
tnx weyh~ tnx sgt2, layan aku macam ni.

Salam )":

Sunday, 4 March 2012

Title: EUW ****
Level : Infinity of hardship.

Mungkin betul apa yang mama cakap,
"Orang takkan tahu apa yang kita hadapi atau rasai sehingga kita menyuarakannya, biarpun orang dapat mengagak, ianya masih menjadi tanda tanya sehingga kita yang mengesahkan maklumat itu"

So, moral of the story,
dear Ana,
even IF, and IF any PERSON tersalah cakap atau terlepas kata-kata; berbaur kesat atau menghina sekali pun, mungkin die tak sedar kan? so salah kau lah kalau kau taknak cakap apa-apa yang kau rasa.

Truthly,
nurfarhana

Kenapa? Aku pun tak faham diri aku.

#donotunderestimatepeople

ya allah, janganlah kau hukum dirinya atas perbuatan yang di bawah kewarasan akalnya. berilah hidayah kepada hambaMu itu. Hidayah itu mulikMu ya robb~

Saturday, 3 March 2012

Mood : bulat
Perbuatan : belajar EE
Tempat : Bilik yg gelap
Masa : selepas solat Isyak

fuhhhh~ tarik nafas dalam dalam sampai K.O
hahaha
Allah humma zidna ilman nafiah warzukna fahman wasiah wafahman nabiyyin wa hifzol mursalin wailha malmala ikkatul muqorrobin :)

mengarut!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Mood : mengantok dan lapar =,=

Mulut terbuka jeh dr tadi, ternguap-nguap. Menahan rasa ngantok yang tak sudah sudah. Al maklumlah. Haha padahal penat ape aje cik Ana oii?? Ada kau kene bangun pg untuk buat susu anak? Siapkan makan dan pakai Encik Suami? Tidak kan? haha,

Niat memang lah nak tidur, tapi~ apakan daya. Minggu ni bukannya busy pon~ Tapi hidup tak terurus sikit je. Tension kejap memikirkan jawapan kepada soalan yang satu. Entah hape tah. Menyampah pulak ak mendengar alasan aku sendiri.

Telekung masih bersarung di tubuh, tapi entah bila mahu ditanggalkan. Nak solat sunat? Mana ada solat sunat after Asar~ kau memang dh gila la, kot yer pon, tak yah nak TERLEBIH warak la~. seyes pelik.

Sudah la~ saje je, sbb terlampau bosan. Nak keluar,,, tapi tolonglah faham, Ini PERLIS! At least Kedah ke gua tahan lagi, Turun sikit lagi, Ada Pahang, Perak, turun lagi, lagi lah, Selangor dan KL memang best la~
Kalau stakat Perlis, gua cakap awal2
"TAMAU!!!!"
hahaha, tapi tahan je lah~ 6 sem ag babe~
chill kay?

Till then~

Thursday, 1 March 2012

Saya diam kan saja. Orang nak buat apa-apa, buatlah, asal jangan melampau sangat.
Saya tak kesah jika saya terpaksa mengalah, tetapi saya kesah bila saya rasa sudah
dipermainkan orang.

Ya. Itu saya kesah.
Saya tak paksa dan tidak bertanya bukan bermakna saya tiada rasa ingin tahu tetapi
saya rasa semua orang perlukan masa.

Tapi tak kesah lah.
Nasib baik saya masih consider apa-apa yang orang lain fikir. Walaupun akan berkata-
kata "Cara kamu langsung tak macam orang yang kesah."

Jawapan saya senang. Awak tak mahu sudahlah. Siapalah saya dalam hidup setiap insan
di luar sana. Saya hina. Saya BELUM cukup positf. Saya BELUM cukup matang.

Maafkan saya. Ampunilah aku, Ya Allah kerana menyakiti hati hambaMu yang kau Cipta :"((