Alhamdulillah (0_0)

Monday 4 July 2011

Al kisah hospital:)

Salam Kepetangan(:

Actually baru je lepas habis baca solat zuhur, baca paper and makan roti (lauk x sdp so roti je)):

Tadi best gilaklah kat hospital tahu? Kenapa? At last dah lama tahu aku tak "mencuci mata". Istilah budak-budak tak matang macam aku. Well, kalau main badminton depan rumah dapatlah sikit. Ada lah dalam 2 ke 3 orang mamat Cina yang ensem berjoging tiap2 petang. "Telima Kacih" oh sbb sudi lalu depan rumah saya. Hahahaha.

Tahu tak sejak boleh kata bulan Januari '11 aku nih asik mata ke yang sepet-sepet je. Melayu mana? Bukan tak nak tapi aku just suka kerana mamat-mamat sepet nih kebanyakannya pengemas. Mamat-mamat Melayu pula agak la kan? Tapi tak semua sebabnya most teman-teman lelaki aku seMART la juga. Jadi saja je aku bagi alasan.

Berbalik cerita hospital. Aku sampai dalm pukul 11 yang tidak berapa nak tepat lah kan. Aku memegang kad berwarna biru. Kad temujanji (dengan Dr. Ensem) Kiddin'. Tatkala ingin aku sumbatkan kad janjitemu ke dalam box biru (procedure la konon), kad itu tidaklah muat seperti selalunya. Maka seorang Uncle A (Cina lagi?) yang sedang tersengih di sebelah aku pun minta untuk tolong masukkan (sepatutnya aku). Dan demikianlah kad itu masuk ke dalam box biru. "Thanks Uncle". Dengan malunya, aku melangkah pergi.

Kemudiannya, aku berdiri lebih kurang 48 minit sementara nama dipanggil. Best tahu. Sebabnya sebelah tempat aku berdiri terselit seorang "Ah Chong" yang comel tapi tak sesuai dijadikan suami sebab dia Buddhist (gelang di tangan sebagai bukti). Kami berdiri di pintu masuk Pusat Opthamology UKM (silih berganti). Dia berambus jap, aku ganti jaga pintu, akumerewang jap, dia jaga pintu. Lawak! Tapi aku bukan hanya menjadi "penyambut tetamu" malah hobi biasa perhati setiap tindak dan tanduk manusia.

Dan agal lama tu, aku mulai keBUHSANan. Jadi ku tarik keluar Reader's Digest (June) dan baca. Automatik aku "makan gaji"? (hoi...mana ada orang bayar aku pun ): )

"Anak dari mana?" Suara pak cik sebelah aku memekak. (Jahatnya kau, Far!)
"Ampang."
"Ampang tu besar," Sabar je aku. Selama ni kalau aku sebut Ampang semua tak tanya dah. Tapi pak cik nih. Memang aku sabar. hakikatnya aku malu lah.
"Taman Cempaka"
"Ohh, pak cik tahu. Anak ni tingkatan berapa?"
Nak je aku jawab satu. Biar kasi muda maximum kan? Tapi nampaklah menipu.
"Saya baru habis kolej pak cik,"
"Di mana?"
"KMM"
"Londang? Kampung pak cik tu" Alamak kenapa lah tak gebang jekan?
Cot cet cot cet pak cik tu citer. Aku hanya tersenyum sambil mendengar dengan (kononnya) khusyu'.

Brrrr....Brzzzz... (phone vibrate)
Alhamdulillah Syafawani punya SMS masuk. Apa lagi alasan untuk kepura-puraan sibuk.

"Kenapa tersenyum? Mata air?"
Pak cik tadi rupanya perhatikan aku.
Mata air? Biar benar pak cik nih. Muka aku ada macam orang tengah bercintan ke? Tapi aku angguk. Lantas aku pun....

"Kawan. Perempuan. Kawan baik"
"ohh, tapi gaya kamu tersenyum lain aje"
"Dia punya mesej buat saya bahagia."
"Baguslah."

Mesej demi mesej yang masuk. Aku tersenyum sendiri. Then phak!!! Terkena kat Ah Chong sebelah aku. Malu yang teramat sangat. Terus ke bawah pandangan aku jatuh. Malu tapi mahu. Agak (entah...).

Inilah kisah 48 minit.
Akhirnya aku pulang dari hospital dengan jiwa yang gembira melainkan lapar yang teramat. Test doktor pun berjaya dengan jayanya. Tahniah buat diri sendiri :)

Till then. Wassalam.

No comments: