Alhamdulillah (0_0)

Thursday 5 July 2012

Indahnya :)

Salam:)

Berikutan kepada kejadian malam tadi, aku sedar sendiri apa yang aku lakukan malam tadi adalah,, wat??
Hahaha,

Apapun, terima kasih kepada mama, baba, and bdk Kit sbb xlayan semua call, dan SMS-es saya. Lantas membuatkan saya berfikir.

Saya ada apa? Apa yang selalu menjaga saya? Yang sentiasa menyelamatkan saya? Mudah.

ALLAH. Saya ada Allah.

Kalau saya cakap saya takut malam itu. Ya! Benar, takut itu fitrah manusia. Tapi adalah lebih baik jika takut itu hanya kepada Allah. Kenapa nak text dan call orang? Kalau dah namanya yang menyelamatkan aku malam itu,  ialah Allah? Adakah aku tidak yakin bahawasanya Allah itu di mana mana?

Sedangkan "terlepasnya" aku juga kerana Allah. Ayat Kursi yang aku baca itu adalah kalam Allah. Sedangkan mahkluk itu takut pada Allah, mengapa aku tidak? "mereka" tidak takut pada aku, mengapa aku?

Islam itu suatu agama penyerahan. Aku sepatutnya menyerahkan selebih malam ku kepada Allah. Bukan dengan mengganggu hamba-hambanya yang sedang berehat kan?

Apa nak jadi?

Fikirkanlah, jangan hanya duduk dan ikut apa yang semua orang lain buat. Jangan sesakali aku jadikan agama itu sebagai suatu adat. Buat dan berfikir setiap logiknya dan juga kebaikkannya.

Seronok rasanya tengah hari tadi. well, aku bukan sahaja dah lama tak pergi ke kelas kelas rohani ni, baru aku sedar yang aku ni, masuk ke ruma Allah pun dah lama tak buat. Rasa diri aku ni terlalu jauh dari Allah. Perkara pertama yang aku sendiri tak tahu nak cakap ap, Aku melangkah masuk, hati aku tenang. Subhanallah. Sangat tau. Dan tersenyum.

Allah huakbar. Aku suka.
Alhamdulillah.
Wsalam.

No comments: