Alhamdulillah (0_0)

Friday 3 February 2012

Blabbering~ #2

::POST PANJANG YANG MEMBOSANKAN::

Ok. Fine ini dah kali ketiga aku buat draft dan padam. So this time around, no more.
Kalau aku cakap aku pun nak berfoya-foya jugak boleh?

Tolonglah cakap dan kata "TAK BOLEH" sebabnya aku mahu orang-orang disekelilimg aku yang melindungi aku, bukan meng "YES" kan apa-apa yang aku mahukan.

Aku mahu orang yang membimbing, tapi agak-agak lah kan, tak perlu lah sampai kau nak tengking-tengking aku sampai tersembur air liur kau en? Well, aku insan biasa weh. Semua orang pun perlu ditegur.
kalau kita bisa dengar, "Melayu mudah lupa" sebab tu perlu diingatkan. Bagi aku semua sama saja. Asal kau tu manusia, memang perlulah untuk saling mengingati kan?
Kesahlah aku kau kulit putih ker, gelap ker, berjerawat penuh ker, licin macam cermin rata ker. Semua pun hakikatnya sama.

Tetiba aku teringat masa first time aku join SUKSIS (macam sekarelawan polis) yehlah sangat, dapat elaun lagi, hahaha masa tu minggu orientasi. Aku dengan berani matinya, turun lambat kat perjumpaan. Apa lagi berdirilah dekat depan orang ramai tu. Lagi bestnya, dalam 3 orang yang kene berdiri kat depan tu, semua perempuan. Kalau kau orang kat tempat aku, malu tak?

Waktu tu, hanya Allah je yang tahu, tapi aku tak tahu, Subhanallah. Aku kuat sangat. Aku sedikit pon tak rasa nak menagis macam lagi dua orang tu (kwn aku tau), tapi rasa bersalah mestilah ada kan. Tapi satu yang pasti, selepas daripada tu, aku tak pernah lambat ke mana-mana perjumpaan SUKSIS sahaja. Hahahaha
but still malu yang amat.

Jadi, jadi, jadi, dan makanya. Aku rasa kita semua takkan betul betul menghayati sesuatu perkara itu  melainkan kita benar benar merasai pengalaman itu.

mungkin kita perlu rasa macam mana pernah hilang orang yang kita sayangi,
supaya kita pelajari untuk menghargai semua orang di sekitar kita

mungkin kita perlu merasai kekecewaan dalam hidup
supaya kita mampu memahami kekecewaan orang lain

mungkin kita perlu gagal sekali dalam hidup
supaya kita mamapu lebih bangun dan berkongsi dengan yang lain

mungkin kita perlu berada di suatu tahap paling bawah *bergantung pd indidvidu
supaya kita faham akan mereka yang menderita

mungkin kita perlu ditegur, dimarahi, dinasihati atau diperli (last option)
supaya kita sentiasa beringat-ingat

lately, aku selalu teringat akan arwah atuk, kawan aku "awe", Dia, kwn2 dari sekolah yang terdahulu.
Arwah atuk, ok. Ak kesal sebab sepanjang arwah terlantar di hospital, tak pernahs ekali pun aku lawat dia.
*Aku memang ada masalah komunikasi dgn individu yang bernama lelaki, Baba, Arwah atu, Abang atau kwn2 aku.

Awe?
Aku teringat masa dia menyanyi untuk aku, masa tu aku form 3. Ya, dia lelaki. Aku benci dekat dia. Tak just menyampah. Tapi bila aku tahu diam meninggal dalam satu hari di bulan Ramadhan. Ya Allah, tanpa aku sedar, aku menamgis. Lantas aku ke bilik air, ambil wudhu, dan solat dua raka'at.
Aku teringat semua tentang dia. Kita orang pernah bergaduh dekat kantin sekolah, tapi budak budak lelaki kelas aku back up aku.
Aku pernah hantar nama dia dekat guru disiplin sebab ponteng kelas n merokok.
Tapi bila aku fikirkan balik, aku rasa aku buat semua tu sebab aku tak puas hati dengan dia. bukan atas dasar tanggungjawab.
Dia pernah meminta maaf pada aku sebelum aku akhiri zaman persekolahan aku di situ. tapi aku? langsung tak pernah. Aku kejam.

Bagi aku mereka berdua adalah antara insan yang aku sayang yang telah datang menghadap Illahi. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin (Al-Fatihah)

Sekarang pula, aku ada family aku dan the-closest-one dan kwn2 qorib aku.
Aku sayang sangat korang. walaipon aku tahu aku banyak sakitkan hati semua. Aku ego. Jadi aku harap kau orang janganlah layan ego aku.

Aku harap korang pandai jatuhkan ego aku. Aku mahu menjadi insan yang lebih baik.

Aku mungkin cakap
"Aku benci.."
tapi tak mungkin aku benci

Aku mungkin buat tak layan bila korang sakit
Tapi aku berdoa semoaga Allah sembuhkan.

Aku mungkin cakap aku tak kesah korang cakap yang bukan bukan tentang aku
Tapi aku harap korang tak jadi macam aku yang jahat

Aku selalu cakap
"Aku OK"
Tapi aku menipu

hahahaha, aku harap aku memang sudah tidak perlu menipu. Tapi aku care pasal korang. Aku malaslah nak gaduh gaduh ni kan. Well umur aku bukan sebaya dengan kindegarden kan? So mature la sikit.
Fuh~ aku adah penat membebel. haha.
Hidup aku terlampau bosan buat jangka masa ini. KOSONG. EMPTY adalah lebih tepat.

Till then.
"- ---- ---"
:''I

No comments: